12 - 13 NOVEMBER 2024 – Bengkel Pelan Tindakan telah berlangsung di Tamu Hotel and Suites Kuala Lumpur.
 
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti YBrs. Tn. Haji Muhamad Rumzi bin Mamat hadir meluangkan masa bertemu pihak pengurusan PSA bagi menyampaikan perkongsian berkaitan Reformasi POLYCC.
 
Antara amanat yang disampaikan termasuklah hala tuju transformasi politeknik dan pemerkasaan kolej komuniti serta peranan dan keupayaan PSA sebagai politeknik premier yang sentiasa terkehadapan.