PERMOHONAN RAYUAN KAMSIS SESI 1 2024/2025
- Dimaklumkan bahawa permohonan rayuan menduduki kamsis Sesi I: 2024/2025, akan dibuka kepada semua pelajar perempuan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sahaja.
- Permohonan hendaklah dibuat secara rasmi dengan memuat turun dan mengisi borang yang tersedia di Portal PSA. Tarikh akhir penghantaran permohonan rayuan adalah pada 23 Mei 2025 (JUMAAT) sebelum jam 5.00 petang bertempat di Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman PSA.
- Borang permohonan rayuan menduduki kamsis K7-PK-03 (L1) perlu diisi lengkap. Pelajar yang memohon perlu memastikan bahawa semua maklumat dan dokumen berikut telah dilengkapkan dan disertakan dalam permohonan:
- SATU (1) keping gambar berukuran pasport.
- Salinan Slip Gaji (Bapa dan Ibu/Penjaga) yang dipalang dan ditulis "Kegunaan Rayuan Kamsis sahaja". Manakala Bapa dan Ibu yang telah berpencen pelajar perlu mengemukakan salinan surat / kad pengesahan pencen.
- Sekiranya (Bapa dan Ibu/Penjaga) pelajar bekerja sendiri atau tidak berkerja, pelajar hendaklah mengisi Borang Pengesahan Pendapatan dan mendapatkan kelulusan daripada Penghulu, Ketua Kampung, Imam, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman, JKKK, Ketua Jabatan / Penasihat Akademik masing-masing.
- Pastikan semua bahagian dalam Borang Permohonan Rayuan Menduduki Kamsis diisi dengan lengkap. Kegagalan mematuhi arahan ini akan mengakibatkan Borang Permohonan Rayuan Menduduki Kamsis tidak diproses. Keputusan rasmi akan diumumkan melalui laman Web PSA.
Lampiran
i . MEMO RAYUAN MEMDUDUKI KAMSIS BAGI SESI I : 2025/2026