[ eDOLA ] 6 SEPTEMBER 2023 – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) buat julung kalinya menampilkan ‘Pameran Pengalaman Imersif’ yang memaparkan teknologi imersif iaitu virtual reality meta dan teknologi cloud dalam pembelajaran digital.
 
Pameran yang diadakan bersempena dengan Pertandingan Inovasi Pembelajaran Digital CIDOS Inspiring Learning Awards (eDOLA) JPPKK kali ke-11 itu turut mengetengahkan tujuh teknologi terkini iaitu Virtual Assistant (VA), Virtual Reality (VR), Augmented Reality (AR), video 360, projection mapping, interactive game dan flips books.