5TH. NATIONAL CONFERENCE ON TVET FOR UNDERGRADUATE STUDENTS (NCTS 2025)
National Conference On TVET Undergraduate Students (NCTS) merupakan persidangan tahunan pelajar ijazah Sarjana Muda politeknik yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan & Inovasi (PPI), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) sejak tahun 2020 dengan kerjasama EMPAT (4) politeknik di Malaysia yang menawarkan program ijazah Sarjana Muda iaitu Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Pada tahun ini, PSA telah dilantik sebagai tuan rumah bagi NCTS 2025. Tujuan utama persidangan ini diadakan adalah bagi mengetengahkan hasil penyelidikan dan inovasi di kalangan para pelajar ijazah Sarjana Muda politeknik dari pelbagai disiplin ilmu, di peringkat kebangsaan. Terdapat TUJUH (7) program ijazah Sarjana Muda di Politeknik Malaysia iaitu:
NCTS memberi peluang kepada para pelajar menterjemahkan hasil projek/penyelidikan mereka ke dalam bentuk penulisan ilmiah dan seterusnya membentangkan kertas penyelidikan mereka. Persidangan ini diharapkan dapat meningkatkan komunikasi serta keyakinan pelajar semasa membentang di khalayak yang lebih luas. Selain itu liputan NCTS 2025 diharapkan akan meningkatkan reputasi Politeknik Malaysia sebagai pusat kecemerlangan TVET, menarik lebih ramai pelajar prospektif melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di politeknik dan menggalakkan pihak industri untuk bekerjasama dengan pihak politeknik. Natijahnya, NCTS 2025 berpotensi memupuk modal insan yang berkemahiran tinggi dan inovatif, selaras dengan keperluan industri dan pembangunan negara.
ATURCARA NCTS 2025
TARIKH-TARIKH PENTING NCTS 2025
|