30 JUN 2022 - Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) PSA hari ini mengadakan Lawatan Akademik ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM) dan Pusat Reka Bentuk dan Inovasi Teknologi (PRInT) Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Pekan, Pahang.
 
Lawatan yang disertai oleh Timbalan Pengarah Akademik Ts. Roseman bin Mat Jidin, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Puan Nazratulhuda binti Hashim serta pensyarah-pensyarah JKM itu bertujuan bagi mendapatkan perkongsian pengetahuan dan kepakaran berkaitan Additive Manufacturing Center (ADMC) dan Kilang Pembelajaran (Teaching Factory).
Sepanjang lawatan, deligasi PSA diberi taklimat serta pendedahan secara langsung mengenai teknologi dan fasiliti ADMC dan Teaching Factory yang terdapat di UMP oleh Timbalan Dekan Akademik FTKPM Ts. Dr. Muhammed Nafis bin Osman Zahid dan Pengarah PRInT Ts. Hj. Syahrulnaim bin Mohamed Nawi.