29 April 2025 | Dewan Al-Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Shah Alam – Suasana meriah dan penuh kemesraan di Dewan Al-Jazari apabila Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) menganjurkan Majlis Jalinan Kasih 2025, bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Majlis yang berlangsung pada 29 April 2025 itu menghimpunkan para pelajar, pensyarah serta warga jabatan di PSA dalam satu himpunan yang penuh bermakna. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga politeknik dalam suasana mesra dan harmoni sempena Hari Raya Aidilfitri.

Pelbagai juadah tradisional disediakan oleh jabatan-jabatan yang mengambil bahagian, termasuk rendang, ketupat, lemang, kuih-muih dan hidangan istimewa yang mencerminkan kepelbagaian budaya serta semangat perpaduan. Ia turut memberi peluang kepada pelajar dan pensyarah untuk berinteraksi secara santai di luar bilik kuliah.

Majlis ini turut diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh pelajar PSA, sesi bergambar dan kunjungan ke gerai-gerai raya setiap jabatan yang dihias indah, mencerminkan kreativiti dan semangat gotong-royong dalam kalangan warga PSA.

Dengan sambutan yang menggalakkan, Majlis Jalinan Kasih 2025 telah membuktikan bahawa nilai-nilai murni seperti kasih sayang, hormat-menghormati dan semangat kekeluargaan terus subur dalam kalangan warga PSA.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSA - JHEP

Ketua Pengarah JPPKK

Politeknik.kolejkomuniti

Kementerian Pendidikan Tinggi

#raya2025 #jalinankasih #FYP #gengpolycc #MalaysiaMadani #polycc #welovepsa #pssaas #welovepolycc #politekniksultansalahuddinabdulazizshah #passionatesynergizeagile #ThrivingThroughChange

Sosial Media Rasmi PSA :

https://psa.mypolycc.edu.my/

https://www.instagram.com/psa_pssaas

https://www.facebook.com/pssaas/

https://x.com/home

https://tiktok.com/@pssaas

https://www.youtube.com/@PSATV2021