13 MAC 2024 - Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr. Mohd Zahari Ismail hari ini berkesempatan merasmikan dataran keusahawan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang telah diberikan nama Drop.Zone@BizPSA (Dr.Z@BizPSA).
Dr.Z@BizPSA merupakan one stop centre bagi aktiviti keusahawanan pelajar seperti Pasar Malam, gerai jualan harian, kedai runcit dan juga Bazar Ramadhan. Di samping itu, ia juga berperanan sebagai pusat aktiviti pelajar bersama organisasi dan kelab.
 
Aktiviti yang dilaksanakan setiap minggu di dataran ini disertai oleh pelajar daripada pelbagai jabatan. PSA berhasrat Dr.Z@BizPSA mampu memperkasakan para pelajar melalui pelbagai aktiviti khususnya dalam bidang keusahawanan sekali gus melahirkan pelajar yang seimbang dan holistik seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
 
Dr.Z@BizPSA adalah hasil aspirasi dan semangat keusahawanan yang telah dibangunkan oleh Dr. Zahari yang merupakan mantan pengarah PSA. Hasrat beliau untuk melihat keusahawanan dilaksanakan berlandaskan model dan gabungan strategi dari seluruh jabatan, pusat dan unit akan membawa kepada kecemerlangan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
 
"TVET @ POLYCC Pilihan Utama Kerjaya"