SHAH ALAM, 30 JANUARI 2023 - Pihak Pengurusan PSA mengikuti siaran langsung Perutusan Tahun Baharu 2023 YB Menteri Pendidikan Tinggi yang disiarkan menerusi FB KPT pagi ini.
 
Turut sama mengikuti seluruh warga PSA yang menyaksikan amanat tersebut di Jabatan, Pusat dan Unit masing-masing.
 
Di samping itu, dalam kesibukan sesi pendaftaran pelajar baharu sesi 2:2022/2023, pegawai dan petugas bersama-sama MPP dan pelajar baharu turut meluangkan masa mendengar amanat yang disampaikan menerusi skrin yang dipancarkan di Dewan Al Jazari.
 
Kami warga PSA mendokong aspirasi YB Menteri Pendidikan Tinggi.