[ 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗝𝗣𝗣𝗞𝗞 ]

25 Jun 2024 – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menganjurkan Sambutan Hari TVET Negara (HTN) 2024 peringkat JPPKK dan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Ts. Haji Kamaludin bin Daud bertempat di Dewan Al-Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA).

Sebanyak empat kategori anugerah turut disampaikan pada majlis ini bagi menghargai dan mengiktiraf usaha serta sumbangan warga POLYCC yang telah banyak menabur bakti dalam pelbagai aspek bagi membangunkan TVET dan seterusnya mengharumkan nama POLYCC di persada TVET kebangsaan dan antarabangsa melalui Anugerah Apresiasi TVET POLYCC 2024 bagi kategori pensyarah, pelajar, Pengurusan@JPPKK dan Anugerah Khas Apresiasi TVET POLYCC 2024.

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang anugerah. Semoga terus cemerlang.