Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PSA telah berjaya menganjurkan bengkel Pickleball Skill Accelerator Course 2025 pada 6 Februari 2025 bertempat di Dewan Al-Jazari, PSA. Bengkel ini terbuka kepada anak-anak staf berumur 7 hingga 17 tahun dan bertujuan untuk memperkenalkan serta meningkatkan kemahiran mereka dalam sukan pickleball. Dengan bimbingan jurulatih berpengalaman, para peserta berpeluang mempelajari teknik asas dan strategi permainan. Terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan menjayakan program ini!”