23 Disember 2024 - Penyerahan sumbangan Baucer Buku daripada Syarikat Prokhas Sdn Bhd berjumlah RM 5,000.00 kepada 25 orang pelajar B40 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Setiap pelajar akan menerima baucer bernilai RM 200.00 seorang bagi membantu meringankan beban menampung perbelanjaan dan keperluan membeli buku dan peralatan alat tulis.
Prokhas Sdn Bhd adalah sebuah Syarikat Sendirian Berhad yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, diperbadankan (MOF Inc.) yang berhasrat untuk memberikan sumbangan kepada pelajar-pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang memerlukan bantuan, sebagai salah satu daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Sesi sumbangan diterima oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pn. Noor Hayati binti Mat Taib dari pihak Prokhas Sdn Bhd yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Al-Biruni.