19 Mac 2025| Pusat Korporat, Hubungan Industri dan Kebolehpasaran PSA dengan kerjasama Government – Industry Tvet Cordination Body (GITC) telah menganjurkan Program Persediaan Kerjaya Dan Jalinan Industri: Forum Kerjaya Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Dan Government – Industry Tvet Cordination Body (GITC) bertempat di Anjung Bestari, PSA.
 
Majlis dirasmikan oleh YB Tn. Haji Azli bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Government Industry TVET Coordination Body (GITC) Tuan Haji Jamil Bakri dan Pengarah PSA Puan Zainah Rujihan.
 
Objektif utama forum ini bertujuan menyediakan platform interaksi antara industri dan pelajar dalam mengukuhkan jaringan kerjaya dengan memberikan pandangan amali berkaitan permintaan industri dan menyediakan khidmat nasihat daripada panel yang berpengalaman.
 
Antara pengisian program termasuk Forum: Trend Industri dan Keperluan Kemahiran yang dibarisi panel Ketua Pegawai Operasi Gagasan Sentral Sdn. Bhd Tuan Haji Amir Haji Ayub, Pengurus Pemasaran Meranti Marshal Sdn. Bhd Dato’ Mohd Emry Mohd Yusof dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sakatan Sdn. Bhd. Norhasima Haji Che Hassan.
 
Sementara itu dua alumni PSA Pengurus Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. Ts. Nor Atikah Mohd Ghazali dan Ketua Pegawai Kawal Selai GDEX Berhad Marmizahsalwa Ahmad Tarmizi turut diundang bagi berkongsi pengalaman.