Pilihan Raya Kampus Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PRK PSA 2025) telah berlangsung dengan jayanya.

3480 daripada 3389 orang pelajar telah keluar mengundi dan mencatatkan peratusan keluar mengundi yang tinggi iaitu 97.39%. Jabatan Kejuruteraan Elektrik PSA dinobatkan sebagai jabatan yang mendapat undian tertinggi pada PRK PSA 2025.Keputusan pilihan raya diumumkan oleh Pengarah PSA, Puan Zainah binti Rujihan di Dewan Al- Jazari PSA.
 
Syabas dan tahniah kepada semua calon yang telah terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan terima kasih kepada para pengundi yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka.
 
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan PRK PSA 2025.