26 Februari 2025| Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK), JPPKK dengan kerjasam International Women’s Federation of Commerce and Industry (IWFCI) dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menganjurkan Program 𝐑𝐞𝐚𝐝𝐲 𝟒𝐀𝐈 & 𝐒𝐞𝐜𝐮𝐫𝐢𝐭𝐲 𝐂𝐚𝐫𝐞𝐞𝐫 𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 bertempat di Dewan Al-Jazari, PSA.
 
Objektif utama forum ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai peluang kerjaya dalam bidang kercerdasan buatan dan keselamatan digital, yang disertai oleh pensyarah, pihak industri serta pelajar tahun akhir dari Politeknik dan institusi TVET yang lain.
 
Program ini menyaksikan pertukaran dokumen kerjasama di antara PSA dan IWFC. Sesi temuduga juga diadakan oleh syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan dan penempatan latihan industri.